Lets Learn With Heart

Knowledge is Useful 4 Our Happiness

KEAJAIBAN SAINS DI DALAM ALQURAN – meninjau perkembangan janin manusia

bayi-dalam-janin.jpg

Orang-orang barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian di antara agama dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir barat untuk menerima hakikat boleh ada satu titik pertemuan di antara agama dan sains. Kitab Bible yang diimani orang Kristian mempercayai kononnya pokok yang mana Nabi Adam ‘alaihissalam telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu. Justeru, selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak baginda ‘alaihissalam ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah membazirkan 2 kurun bertelingkah dan berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu sains daripada orang-orang Islam.

Pihak Gereja memfatwakan bahawa usaha mengkaji ilmu sains adalah punca kepada dosa asal (‘original sin’) Nabi Adam ‘alaihissalam. Mereka memberikan bukti-bukti bersumberkan Kitab Injil Perjanjian Lama (‘Old Testament’) yang menceritakan bahawa dengan memakan buah dari pohon terlarang itulah Nabi Adam ‘alaihissalam telah mendapat ilmu. Lantas Allah subhanahuwata’ala murka kepadanya dan tidak mahu mengampunkannya. Justeru, suatu masa lampau pihak gereja menganggap ilmu sains sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi.

 

Akhirnya apabila golongan tidak-percayakan-tuhan (‘free-thinkers’) dan ahli-ahli sains dari barat berjaya mengekang kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil sikap yang bertentangan dan sekaligus mengurangkan pengaruh ugama. Mereka membuat semua perkara yang keterlaluan demi menjayakan usaha mengekang kuasa gereja dan mengurangkan pengaruhnya supaya menjadi kecil dan tidak penting lagi.

 

Justeru, jika and membincangkan isu agama dan sains dengan seorang orang barat, dia akan terpinga-pinga. Mereka tidak tahu apa itu Islam. Mereka tidak tahu bahwa Islam amat menghormati ilmu dan para cendikiawan; bahawa Islam menganggap para ahli ilmu sebagai saksi bersama-sama dengan malaikat tentang hakikat bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah subhanahuwata’aala sebagaimana firmannya (surah 3: ayat 18) bermaksud:

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menerangkan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Dan Allah s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Suci juga berfirman (surah 47: ayat 19) bermaksud:

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman- lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-gerik kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).”

Al-Quran dengan jelas menyatakan sebab mengapa Adam alaihissalam. itu lebih diutamakan berbanding malaikat-malaikat ialah kerana ilmu yang Allah subhanahuwata ‘ala berikan kepadanya. Kisah-kisah di dalam al-Quran bercanggah dengan kisah-kisah Bible. Umat Islam percaya keaslian Injil telah diubah. Menurut al-Quran, hakikat bahawa Adam alaihissalam diberikan ilmu merupakan satu penghormatan dan bukannya punca baginda ‘alaihissalam dibuang dari Syurga. Justeru, jika kita berbincang tentang Islam dan sains dengan pemikir barat, mereka lebih menjurus untuk berdebat dengan andaian yang sama dengan pandangan agama mereka (Kristian) terhadap ilmu itu. Oleh kerana itu, pemikir barat merasa amat terkejut bila mereka didedahkan dengan fakta-fakta dari al-Quran dan Hadis.

Salah seorang daripada mereka ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan ‘Obstetrics’ dan ‘Gynecology’ (Kajian Janin), dan Profesor di bidang molekul dan Genetik Manusia di Kolej Perubatan Baylor, Houston, Amerika Syarikat. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor Simpson bertegas untuk mengesahkan  ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Namun, kami telah berjaya meyakinkan beliau. Kami bentangkan kepadanya ayat-ayat al-Quran yang membincangkan tentang perkembangan janin. Kami buktikan kepadanya bahawa al-Quran menyatakan tentang pembentukan kromosom (‘chromose’) dan daya-pewarisan (‘hereditary’) hanya berlaku setelah benih (dari air mani) bercantum dengan telur wanita (‘ovum’). Sebagaimana yang kita tahu, ‘chromosome’ sememangnya menentukan bentuk fizikal yang akan diwarisi oleh bayi itu nanti seperti warna mata, kulit, rambut, dan sebagainya.

Justeru, banyak keadaan yang akan diwarisi oleh seseorang manusia sudahpun ditetapkan di dalam kromosomnya. Kromosom ini mula terbentuk ketika peringkat awal lagi (peringkat ‘nutfah’) dalam pembentukan janin. Dengan kata lain, bentuk dan keadaan seorang manusia sudahpun ditetapkan ketika peringkat awal lagi- peringkat ‘nutfah’. Allah subhanahuwata’ala Yang Maha Suci dan Maha Agung menyatakan fakta ini di dalam al-Quran (Surah Abasa, 80: ayat 17-19) bermaksud:

“Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah?- Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk menjadi bertanggungjawab”.

Ketika 40 hari didalam kandungan, semua anggota badan dan organ-organ telah dibentuk secara berperingkat-peringkat. Kita boleh melihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa organ-organ mula dibentuk dan diatur, dan janin itu nampak seperti terpusing. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian tubuh kamu dibentuk di dalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari” (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhari).

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian dia akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia suka”

(Riwayat Muslim).

Profesor Simpson mengkaji dua Hadis in dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahawa ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan pembentukannya. Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadis ini. Di dalam satu persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: Dua Hadis itu telah memberikan satu jadual secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40 hari. Sebagaimana yang telah pun disebut oleh penceramah lain, dua hadis ini tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika itu.

Profesor Simpson menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam, boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda memahami perjalanan kilang berkenaan.

Profesor Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat al-Quran yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu datangnya dari Allah.

Itu sememangnya benar. Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.

Allah subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan meyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

(Surah Fussilat, 41: Ayat 53)

Setelah menyedari melalui contoh-contoh keajaiban sains di dalam al-Quran dan daripada maklumbalas para saintis sendiri, marilah kata tanya beberapa soalan ini:

a) Adakah satu kebetulan sahaja bahawa penemuan terbaru sains di pelbagai bidang itu telah dinyatakan dengan tepat tentangnya di dalam Al-Quran?

b) Mungkinkah al-Quran itu ditulis oleh Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam  atau oleh suatu yang bukan-manusia?

Hanya ini sahaja jawapan yang munasabah: al-Quran itu adalah perkataan Allah subhanahuwataala yang diwahyukanNya. Al-Quran ialah perkataan-perkataan Allah secara langsung (‘literal’) yang Dia wahyukan kepada nabiNya Muhammad sallalahu’alaihiwasallam melalui malaikat Jibrail alaihissalam. Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam menghafal wahyu-wahyu itu. Kemudiannya sahabat-sahabat baginda sallalahu’alaihiwasallam pula menghafal ayat-ayat itu, menulisnya dan mengulang-kaji hafalan mereka dengan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam.

Selain daripada itu, Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam mengulang-kaji hafalan al-Quran itu dengan malaikat Jibaril alaihissalam setiap tahun di bulan Ramadan. Di tahun terakhir hidupnya, baginda mengulangkaji hafalan dengan Jibrail sallalahu’alaihiwasallam sebanyak dua kali. Sejak dari hari Al-Quran diwahyukan sehingga ke hari ini, ramai orang-orang Islam yang menghafal kesemua ayat-ayat Al-Quran, perkataan demi perkataan. Sesetengahnya berupaya menghafal al-Quran ketika berumur 10 tahun lagi. Justeru, bukan suatu yang pelik bila ditegaskan bahawa tiada satu pun isi al-Quran yang telah berubah sejak zaman berzaman sehinggalah sekarang.

Al-Quran yang diturunkan 14 kurun yang lalu telah menyatakan dengan tepat fakta-fakta yang baru sahaja ditemui oleh ahli sains. Ini jelas membuktikan Al-Quran itu adalah firman-firman Allah yang diwahyukan olehNya kepada Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam Selain dari itu, ia juga membuktikan Nabi Muhammad sallalahu’alaihiwasallam adalah seorang Rasul dan Nabi yang diutuskan Allah subhanahuwata’ala.

Tidak munasabah untuk mengatakan seseorang manusia pada 1400 tahun lalu tahu tentang penemuan sains yang hanya ditemui hari ini dengan pertolongan alat-alat canggih dan kaedah-kaedah yang sukar.


March 16, 2008 - Posted by | Tafakur

3 Comments »

  1. Subahanalloh, Maha Besar Engkau ya Allah

    Comment by dr. HCU. Siregar, Sp.A | April 2, 2008 | Reply

  2. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

    Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?

    Surah Yunus ayat 99.

    Pada ayat tersebut kita mengetahui bahawa hanya ALLAH sahaja yang mampu memberi hidayah kepada org yang dikehendakiNya.Tapi Allah SWT inginkan sesuatu yang lebih baik iaitu Allah mahu menguji kita sama ada kita ini boleh untuk menjadi hamba ALLAH yang bersyukur atau tidak.Bertepatan dengan petikan Al Quran;

    Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)

    Surah Al Mulk ayat 2

    Comment by mawi muslim | April 14, 2009 | Reply

  3. hai,apa khbar

    Comment by safuan | March 8, 2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: